ILHANSPORTS
  • HOME
  • JERSEY/TSHIRT/UNIFORM
    • ----PROMO--- FAMILYDAY/EVENT
    • ----PROMO--- MICROFIBER/HONEYCOMB POLO
    • -----TEMPAHAN----- READY JERSEY/TSHIRT
    • -----TEMPAHAN----- CUSTOM JERSEY/TSHIRT
    • -----TEMPAHAN----- Quickdry.Dry Fit. Microfiber. Polyester
    • -----TEMPAHAN----- COTTON. HONEYCOMB POLO.
    • ------TEMPAHAN------ BAJU KORPORAT. F1 UNIFORM
    • -----TEMPAHAN----- SWEATER. HOODIE. JACKET. WINDBREAKER. VEST
    • --------TEMPAHAN------ CAP & TOWEL
    • CATALOG DOWNLOAD
  • PREMIUM ITEM
    • BAG & SEMINAR FOLDER
    • GIFT/NON WOVEN/CANVAS/JUTE BAG
    • PEN/NOTEPAD/NOTEBOOK
    • MUG/SPORT BOTTLE/CATERING
    • ELECTRONIC/FLASH DRIVE/USB FAN/KEY CHAIN ETC
    • PAYUNG/LANYARD.CARD HOLDER
  • SHOPPING @ ILHANSPORTS
  • Blog

ILHANSPORTS Dot COM - Its ALL ABOUT PASSION

Team Jersey, Replica Jersey, Tshirt, F1 Uniform, Futsal Shoe, Sports Item, Merchandise, Printing, Embroidery

ADAKAH INI EKSPERIMEN HARIMAU MALAYA AFF 2014?

21/9/2014

Comments

 
Salam Harimau...

Selepas tewas 2 perlawanan berturut-turut dalam aksi persahabatan menentang Tajikistan dan Indonesia dalam 2 aksi sulung Dollah Salleh sebagai Ketua Jurulatih kebangsaan akhirnya pasukan Harimau Malaya menemui jalan kemenangan. Jalan kemenangan dengan menewaskan Cambodia (kawan lebih suka panggil Kemboja). Scoreline 4-1 yang dicetak tampak ianya seolah-olah satu kemenangan bergaya. Lebih-lebih lagi perlawanan dilangsungkan di halaman lawan.
Picture
Adakah Dollah Salleh berasa lega? Adakah peminat-peminat bolasepak negara yang sangat membutuhkan kemenangan (dibaca persembahan bertenaga) Harimau Malaya berasa lega dan melihat sinar berkilau dalam persediaan Harimau Malaya ke AFF 2014? Samada kita sedar atau tidak, ini adalah kemenangan pertama dalam tempoh 6 bulan yang lalu. Hakikatnya... rata-rata peminat bolasepak tidak memberikan respon yang diharapkan dengan kemenangan ini. Kalau ikut kata orang Kelantan... "dok berehi" sangat dengan kemenangan ke atas Kemboja. Kemboja bukanlah satu pasukan yang dapat memulihkan kegusaran yang ada, Kegusaran tentang hala tuju dan masa depan bolasepak Malaysia. 

Perlu diingat... sebelum sekitar 2009 ketika Malaysia memenangi pingat emas Sukan Sea selepas kempunan hampir 20 tahun, peminat Malaysia pernah melupakan atau seakan tidak mahu berbicara tentang bolasepak Malaysia. Keghairahan peminat bolasepak negara kembali selepas itu. Secara drastik stadium-stadium kembali sesak bila ada perlawanan dilangsungkan. Kemuncaknya ketika Malaysia memenangi AFF Suzuki 2010. Selepas itu kita mengekalkan emas Sukan Sea 2011. Selepas itu? Kegagalan Malaysia ke melepasi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 selepas dinafikan Singapura pada 2011 masih dapat diterima oleh peminat bolasepak negara. Tetapi apa selepas itu.... kita semakin merudum... 

Hasrat dan hajat peminat bolasepak terlalu tinggi? Yup... memang tinggi kerana kita Harimau Malaya pernah berada ditahap yang tinggi satu zaman dahulu. Selepas memenangi AFF 2010, level yang diharapkan bukan lagi level Asia Tenggara tetapi pencabar yang disegani diperingkat Piala Asia kalau tidak diperingkat Piala Dunia sekalipun. Tapi apa yang disasarkan memang tersasar. 

Apa kesudahannya bolasepak kita kali ini? Adakah kita benar-benar bersedia menjadi pencabar dalam AFF 2014. Sukar untuk dikatakan tetapi persembahan yang dipersembahkan agak menggusarkan kita. Adakah peminat bolasepak akan kembali disajikan dengan perlawanan-perlawanan eksperimen yang biasa disajikan oleh bekas ketua jurulatih sebelum ini? Apakah Dollah Salleh benar-benar mempunyai ramuan yang mujarab untuk pasukan kebangsaan kali ini? Adakah ketua jurulatih masih ada lagi sikap "pemain pilihan hati" yang entah apa-apa dibawa masuk dalam pasukan?

3 perlawanan - 2 tewas dan 1 kemenangan. No More Experiments. Hakikatnya Dollah Salleh seharusnya lebih tahu siapa yang layak menyarung jalur hitam kuning Harimau Malaya. Bukan hanya sekadar nama yang ada. Bukan sekadar pemain "pilihan hati" yang entah apa-apa. Harimau Malaya seharusnya telah mempunyai pasukan yang mantap bukan sentiasa dieksperimenkan untuk "memberi peluang", "menilai" dan sebagainya.

Sekian. Terima kasih.
Warisan Putera Gunung Ledang.

disclamer: pendapat penulis semata-mata yang kaki bangku.
NOTA: AZIZON KADIR???
Klik untuk SHARE...
KE LAMAN UTAMA ILHANSPORTS
Comments
    Picture
    Picture

    ILHANSPORTS ONLINE

    ​(Company No: SA-031111K)  
    ​Facebook: Ilhansports 
    Insta: Ilhansports
    Whatsapp: ​019-6322636 

    ​Email: [email protected]​
    _____________________________Menerima tempahan jersi sukan/tshirt/jaket/uniform dll. Juga menjual  kasut futsal dan peralatan sukan.

    Picture
    Showroom: No. 29A, Lorong Sanggul 1A Bandar Puteri, 41200 Klang Selangor
    KE LAMAN UTAMA

    RSS Feed

    ILHANSPORTS SHOPEE

    Picture
    ILHAN SPORTS Online

    Promote your Page too

    SPONSORED

    Picture

    Archives

    January 2024
    April 2021
    November 2020
    December 2019
    June 2019
    December 2018
    June 2018
    April 2017
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    August 2015
    July 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    January 2015
    November 2014
    October 2014
    September 2014

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • HOME
  • JERSEY/TSHIRT/UNIFORM
    • ----PROMO--- FAMILYDAY/EVENT
    • ----PROMO--- MICROFIBER/HONEYCOMB POLO
    • -----TEMPAHAN----- READY JERSEY/TSHIRT
    • -----TEMPAHAN----- CUSTOM JERSEY/TSHIRT
    • -----TEMPAHAN----- Quickdry.Dry Fit. Microfiber. Polyester
    • -----TEMPAHAN----- COTTON. HONEYCOMB POLO.
    • ------TEMPAHAN------ BAJU KORPORAT. F1 UNIFORM
    • -----TEMPAHAN----- SWEATER. HOODIE. JACKET. WINDBREAKER. VEST
    • --------TEMPAHAN------ CAP & TOWEL
    • CATALOG DOWNLOAD
  • PREMIUM ITEM
    • BAG & SEMINAR FOLDER
    • GIFT/NON WOVEN/CANVAS/JUTE BAG
    • PEN/NOTEPAD/NOTEBOOK
    • MUG/SPORT BOTTLE/CATERING
    • ELECTRONIC/FLASH DRIVE/USB FAN/KEY CHAIN ETC
    • PAYUNG/LANYARD.CARD HOLDER
  • SHOPPING @ ILHANSPORTS
  • Blog